Pages

Showing posts with label iman. Show all posts
Showing posts with label iman. Show all posts

Monday, February 19, 2018

Beza Orang Islam dan Orang Beriman


Beza Orang Islam dan Orang Beriman 


Al-Ĥujurāt :14 - Orang-orang Arab (Badwi/Kampung) itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah Islam' (ASLAMNA), karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu (QULUBIKUM); dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Iman itu sangat LAIN dengan Islam. Islam adalah Kepatuhan secara lahirnya sahaja. Bila Allah mengatakan belum masuk dalam hati, ternyatalah Iman itu adalah perkara keyakinan dalam hati manakala Islam itu luaran atau Syariat nya sahaja. 

At-Tawbah :97 - Orang-orang Arab (Badwi/Kampung) itu, lebih sangat kekafiran dan kemunaqikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Apa beza sebenarnya antara Orang Islam dan Orang Beriman ?

Beza yang sangat besar antara orang Islam dan orang Beriman adalah terletak pada Orang Munafiq. Munafiq lah yang membezakan orang Islam dengan orang Beriman sebab, orang Munafiq tidak Beriman tetapi mengakui mereka orang Islam berdasarkan Luaran atau amalan Syariat mereka (Lidah atau Perkataan dan juga Perbuatan). 

Orang Beriman semestinya sudah Islam. Namun orang Islam tidak selalunya menjadi orang Beriman. Dia ada satu lagi kemungkinan - iaitu menjadi Orang Munafiq. 

Maka nya; dari ayat di atas, dapat lagi di simpulkan bahawasanya PREREQUISITE orang Beriman adalah menjadi Islam dahulu, iaitu menjalankan rukun Islam yang LIMA, yang bermula dengan rukun pertama iaitu LAFAZ Syahadah atau Pengakuan di MULUT - Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Muhammad Rasulullah. 

Tidak menjadi orang Beriman tanpa terlebih dahulu menjadi orang Islam. 

Moga Allah merahmati.

Friday, October 13, 2017

TAHAP TAHAP TAUHID menurut pandangan Imam Al-Ghazali

TAUHID itu merupakan kepercayaan sasaorang Muslim itu tentang Tuhannya iaitu Allah SWT. Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap tahap tauhid sasaorang itu. Saperti Iman, tauhid juga bertingkat – tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh sasaorang itu.
 
Ianya berkaitan rapat dengan apa yang ditashdiqkan oleh sasaorang itu apabila mengucap Dua Kalimah Syahadah. Apa yang diyakini hasil pemahaman akan intipati kandungan Kalimah Syahadah itu disebut sebagai IQ’TIKAD.
 
Adalah jelas IQ’TIKAD itu ialah hasil atau buah kepada pemahaman sasaorang itu tentang KALIMAH SYAHADAH-nya dan juga tentang Tuhannya. Dalam atau bertambah ilmunya maka meningkatlah TAUHIDnya. Jika seseorang itu berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja, maka akan kekallah ia pada TAUHID ASAS. Ini disebut sebagai TAUHID ORANG AWAM.
Dalam hal ini seperti Iman juga tiada yang salah. Ianya tahap atau tingkat tingkat sahaja. Walaupun saseorang itu berusaha untuk mendalami ilmu agamanya, penentuan segala- galanya ada pada Allah jua. Maka dikatakanlah bahawa tingkatan tingkatan itu merupakan ANUGERAH ALLAH atau KETENTUAN ALLAH.
 
TAUHID ASAS.
Jika sasaorang bukan Islam mengucapkan Dua Kalimah Syahadah maka tidaklah boleh dikatakan ia orang kafir, kerana kita tidak tahu apa yang ditashdiqkan olehnya didalam hatinya. Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.
 
TAUHID ORANG AWAM / AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Jika sasaorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi  Muhammad itu Pesuruh Allah, maka tauhid sebegini disebut sebagai Tauhid OrangAwam.
 
Orang pada tingkat ini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.
Maka berimanlah ia bahawa manusia itu ialah manusia manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal itu membawa erti orang awam yang ramai itu. Ianya juga disebut sebagai Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
TAUHID ORANG KHUSUS / KHAWAS
Orang orang pada tahap ini disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI & ISBAT. Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah semata-mata.
 
Yangmengaku itu ialah YANG BERSUARA itu ( nyawa / ruh ) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( jasad / badan ) Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
 
Seperti yang disebut diatas yang bersuara itu ialah Nyawa atau Ruh ( Nur Muhammad ) dan saksinya ialah Jasad atau Badan. ( yang menyampaikan suara ) Tauhid sebegini diibaratkan sebagai isi kelapa oleh Imam Ghazali.
 
Orang orang pada peringkat ini beriman bahawa manusia itu tidak mempunyai apa apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
 
Maka segala perbuatan anggotanya pada hakikatnya adalah AF’AL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid pada peringkat ini juga disebut sebagai TAUHID AF’AL. Ianya Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.
 
TAUHID ORANG KHUSUS AL – KHUSUS
Tauhid yang sebegini ialah Tauhid Peringkat Tertinggi atau Tauhid Orang Khusus Al- Khusus. Orang orang pada peringkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam mayapada ini.
 
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalambahasa tasaufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud.
 
Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasaufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya.
 
Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan  KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahawa anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
 
Tauhid peringkat ini disebut juga sebagai TAUHID ZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ & Af’al. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu.