Pages

Monday, February 19, 2018

Beza Orang Islam dan Orang Beriman


Beza Orang Islam dan Orang Beriman 


Al-Ĥujurāt :14 - Orang-orang Arab (Badwi/Kampung) itu berkata: "Kami telah beriman". Katakanlah: "Kamu belum beriman, tapi katakanlah 'kami telah Islam' (ASLAMNA), karena iman itu belum masuk ke dalam hatimu (QULUBIKUM); dan jika kamu taat kepada Allah dan Rasul-Nya, Dia tidak akan mengurangi sedikitpun pahala amalanmu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". 

Berdasarkan ayat di atas, jelaslah bahawa Iman itu sangat LAIN dengan Islam. Islam adalah Kepatuhan secara lahirnya sahaja. Bila Allah mengatakan belum masuk dalam hati, ternyatalah Iman itu adalah perkara keyakinan dalam hati manakala Islam itu luaran atau Syariat nya sahaja. 

At-Tawbah :97 - Orang-orang Arab (Badwi/Kampung) itu, lebih sangat kekafiran dan kemunaqikannya, dan lebih wajar tidak mengetahui hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah Maha mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Apa beza sebenarnya antara Orang Islam dan Orang Beriman ?

Beza yang sangat besar antara orang Islam dan orang Beriman adalah terletak pada Orang Munafiq. Munafiq lah yang membezakan orang Islam dengan orang Beriman sebab, orang Munafiq tidak Beriman tetapi mengakui mereka orang Islam berdasarkan Luaran atau amalan Syariat mereka (Lidah atau Perkataan dan juga Perbuatan). 

Orang Beriman semestinya sudah Islam. Namun orang Islam tidak selalunya menjadi orang Beriman. Dia ada satu lagi kemungkinan - iaitu menjadi Orang Munafiq. 

Maka nya; dari ayat di atas, dapat lagi di simpulkan bahawasanya PREREQUISITE orang Beriman adalah menjadi Islam dahulu, iaitu menjalankan rukun Islam yang LIMA, yang bermula dengan rukun pertama iaitu LAFAZ Syahadah atau Pengakuan di MULUT - Tiada Tuhan Melainkan ALLAH dan Muhammad Rasulullah. 

Tidak menjadi orang Beriman tanpa terlebih dahulu menjadi orang Islam. 

Moga Allah merahmati.

No comments:

Post a Comment