Pages

Friday, October 27, 2017

Talkin/Bai'ah/Akad Dua Kalimah Syahadah.

Salamun Qadirun Ya Allah hu Ya Basirun Ya Makrifatullah!


Assalamualaikum wahai sahabat!
Marilah kita bersama merenung dan berfikir sejenak akan hal Talkin/Bai'ah/Akad Dua Kalimah Syahadah.

Salah seorang daripada 6 orang Imam Hadith, iaitu Abu Daud As-Sajistani. Beliau menghafal 500,000 hadis sahih. Beliau memampatkan (compress) hadis yang sebanyak itu menjadi 4,800 hadis.

Katanya: memadailah dengan 4 hadis untuk kamu faham / reti akan agama Islam. yang pertamanya: “innamal a’ma lu binniyyat” mafhumnya:‘bermula segala amal itu dengan niat’.

Jadi niat itu amat mustahak ! Jadi hendaklah kita ambil faham. Niat fardu yang paling utama sebelum datang niat2 yang lain? Kita solat dah, kita puasa dah, kita keluar zakat dah, kita tunai haji dah... apa lagi fardhu yang kita tak buat ? apa hukum dia ?

contoh: kita ada duit, kita berkira2 dengan barang yang kita nak beli. Nak beli peti ais, perabut, TV dll tetapi rumah tak ada lagi.

Hadis dari At-Tabroni dan Ibnu Majah : 
“man ma ta walaisa fi ‘uluqihi bai’atun ma ta mi tatan jahiliyyati”

Mafhumnya: barang siapa diatas pundaknya tidak pernah menerima baiah (yakni menerima syahadah dengan niat memfardhu agama ke atas diri) maka matinya seperti mati jahiliyyah.

Jadi terimalah talqin syahadah dengan niat menfardhukan agama ke atas diri barulah jatuh taklif syarak ke atas diri. Bukan semua orang boleh beri agama, yang boleh mengajar hal agama Islam ramai. Tetapi yang boleh memberi agama sangat sedikit.

Agama Islam ini ada pewarisnya yang berhak. Pewaris yang menerima pusaka secara berhak dan beramal dengan barang yang dipusakai itu sajalah yang berhak memberi agama / memberi talqin syahadah.

Barulah sempurna menunaikan fardhu – fardhu yang lain kerana kita sudah ada rumah. Syahadah itu adalah rumah untuk simpan amalan – amalan kita. Bila dah ada rumah barulah sesuai kita menghias dia dengan apa – apa isi yang sesuai selari dengan buat apa yang disuruh oleh Allah Tala dan tinggal apa yang dilarangNya. Buat yang fardhu dan yang sunat menjadi tetamu kepada yang wajib.

Apabila ditanyakan kepada kebanyakan orang, “Bilakah kamu mengucap Dua Kalimah Syahadah?”. Ramai akan menjawab “semasa solat lima waktu (iaitu semasa tahiyyat).

Sedarkah kita bahawa jawapan berkenaan ada di dalam ‘Rukun yang Kedua’. Kerana jika ‘Mengucap Dua Kalimah itu bersatu dengan solat lima waktu’, maka Rukun Islam telah tinggal Empat dan bukannya Lima.

Kenapa disatukan antara Rukun Pertama dan Rukun Kedua? Kalau ditanyakan kepada seorang mualaf, beliau dapat menjawab dengan tepat mengenai waktu, tarikh, tempat, penalkin / pembaiah Dua Kalimah Syahadah serta saksi – saksinya sekali.

Tetapi kita ?? Tanyalah Ilmu dan Iman kita ! Jadi bilakah kita bersyahadah ? Islam baka kah (Taqlid / ikutan) kita, atau Islam Pusaka (Pegangan / anutan)?

Ada orang menjawab kita bersyahadah semasa kita dilahirkan menerusi azan dan iqamah. Apakah kita semasa bayi (secara adatnya) memahami apa yang telah dilakukan kepada kita?

Ada pula yang berkata “semasa kita berada di alam ruh” (sebelum turun kealam missal, ijsam dan insan. Apakah kita masih ingat perjanjian berkenaan ataukah nanti orang yang akan mengingatkan semasa kita lahir dan dewasa serta tua di dunia ini?

Ada yang bersyahadah sendiri... tanpa saksi? tanpa Pengesahan Pembaiah /Penalkin?

Ada yang berkata semasa hendak meninggal. Jika kita ditakdirkan, jika kita tidak sempat mengucap? Talkin orang yang hendak mati disunatkan mengajar“La ilaha illalLah” tetapi talkin orang hidup atau mukallaf ialah “Asy haduan la ilaha illallah, wa asy haduan anna Muhammadar Rasulullah”.

Kenapakah Rasulullah SAW membai’ah syahadah kepada para sahabat (yang sama) lebih daripada satu kali? 

Bagaimana kita dapat menyempurnakan perkara yang fardhu sebelum melaksanakan fardhu – fardhu yang lain?


Bukankah tiada sah sempurna pekerjaan ibadat yang ada di dalam Rukun Islam melainkan terlebih dahulu diselesaikan hal syahadah ini?

Fikir dan renungkan se dlm2nya dan carilah jawapannya di lubuk hati yg paling dlm. JawapanNya ada di sana.

Semoga Allah membukakan pintu hati kita untuk menerima hidayahNya. Aamiin ya rabbul alamin.

Friday, October 13, 2017

TAHAP TAHAP TAUHID menurut pandangan Imam Al-Ghazali

TAUHID itu merupakan kepercayaan sasaorang Muslim itu tentang Tuhannya iaitu Allah SWT. Imam Al-Ghazali menjadikan sebiji kelapa sebagai contoh untuk menjelaskan tahap tahap tauhid sasaorang itu. Saperti Iman, tauhid juga bertingkat – tingkat naik mengikut apa yang diyakini dan ditauhidkan oleh sasaorang itu.
 
Ianya berkaitan rapat dengan apa yang ditashdiqkan oleh sasaorang itu apabila mengucap Dua Kalimah Syahadah. Apa yang diyakini hasil pemahaman akan intipati kandungan Kalimah Syahadah itu disebut sebagai IQ’TIKAD.
 
Adalah jelas IQ’TIKAD itu ialah hasil atau buah kepada pemahaman sasaorang itu tentang KALIMAH SYAHADAH-nya dan juga tentang Tuhannya. Dalam atau bertambah ilmunya maka meningkatlah TAUHIDnya. Jika seseorang itu berpuashati dengan hanya mengetahui Rukun Iman & Rukun Islam sahaja, maka akan kekallah ia pada TAUHID ASAS. Ini disebut sebagai TAUHID ORANG AWAM.
Dalam hal ini seperti Iman juga tiada yang salah. Ianya tahap atau tingkat tingkat sahaja. Walaupun saseorang itu berusaha untuk mendalami ilmu agamanya, penentuan segala- galanya ada pada Allah jua. Maka dikatakanlah bahawa tingkatan tingkatan itu merupakan ANUGERAH ALLAH atau KETENTUAN ALLAH.
 
TAUHID ASAS.
Jika sasaorang bukan Islam mengucapkan Dua Kalimah Syahadah maka tidaklah boleh dikatakan ia orang kafir, kerana kita tidak tahu apa yang ditashdiqkan olehnya didalam hatinya. Ini seperti kulit bahagian luar kelapa yang hijau jika muda dan coklat bila masak.
 
TAUHID ORANG AWAM / AHLI SUNNAH WAL JAMAAH
Jika sasaorang itu mengucap Dua Kalimah Syahadah dengan mentashdiqkan dihati bahawa Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi  Muhammad itu Pesuruh Allah, maka tauhid sebegini disebut sebagai Tauhid OrangAwam.
 
Orang pada tingkat ini tidak mengamalkan NAFI & ISBAT dalam Kalimah Syahadahnya.
Maka berimanlah ia bahawa manusia itu ialah manusia manakala Tuhan ialah Tuhan. Perbuatannya ialah perbuatan dia selaku manusia dan Perbuatan Allah tidak ada kena mengena dengannya. Tauhid sebegini ibarat SABUT KELAPA yang tebal itu membawa erti orang awam yang ramai itu. Ianya juga disebut sebagai Tauhid Ahli Sunnah Wal Jamaah.
 
TAUHID ORANG KHUSUS / KHAWAS
Orang orang pada tahap ini disamping mengakui akan Ketuhanan Allah dan Kerasulan Muhammad juga mentashdiqkan pengakuannya dengan NAFI & ISBAT. Kalimah Tauhid ditashdiqkan sebagai : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa TIADA YANG NYATA didalam diriku melainkan Allah semata-mata.
 
Yangmengaku itu ialah YANG BERSUARA itu ( nyawa / ruh ) manakala saksinya ialah YANG MENYAMPAIKAN SUARA itu ( jasad / badan ) Kalimah Rasul ditashdiqkan bahawa : Aku mengaku dengan bersaksikan diriku sendiri bahawa AKULAH MUHAMMAD menyampaikan HAQ ALLAH.
 
Seperti yang disebut diatas yang bersuara itu ialah Nyawa atau Ruh ( Nur Muhammad ) dan saksinya ialah Jasad atau Badan. ( yang menyampaikan suara ) Tauhid sebegini diibaratkan sebagai isi kelapa oleh Imam Ghazali.
 
Orang orang pada peringkat ini beriman bahawa manusia itu tidak mempunyai apa apa daya upaya dan perbuatan. Segala daya upaya dan sebagainya adalah Sifat Sifat Allah belaka.
 
Maka segala perbuatan anggotanya pada hakikatnya adalah AF’AL ALLAH belaka. Anggota anggota jasadnya merupakan ALAT atau SANDARAN bagi Allah melaksanakan PerbuatanNya.
Tauhid pada peringkat ini juga disebut sebagai TAUHID AF’AL. Ianya Tauhid Peringkat Pertama bagi orang Hakikat. Tauhid sebegini diibaratkan seperti ISI atau SANTAN KELAPA oleh Imam Ghazali.
 
TAUHID ORANG KHUSUS AL – KHUSUS
Tauhid yang sebegini ialah Tauhid Peringkat Tertinggi atau Tauhid Orang Khusus Al- Khusus. Orang orang pada peringkat ini mentashdiqkan Dua Kalimah Syahadah itu sebagai TIADA YANG WUJUD dialam mayapada ini.
 
YANG WUJUD HANYA ALLAH atau dalambahasa tasaufnya LA MAUJUDA ILLALLAH. Tiada Kalimah Rasul kerana pada mereka Nabi Muhammad itu pada hakikatnya ialah Sifat Allah Yang Agung. Orang yang bertauhid sebegini beriman bahawa dirinya sendiri sebagai manusia pada hakikatnya tidak wujud.
 
Dirinya merupakan Penampakan Allah Yang Nyata didunia ini atau dalam bahasa Tasaufnya disebut sebagai Tajalli Allah. Diri Yang Sebenarnya Diri yang meliputi jasadnya ialah RUH AL-QUDSI ALLAH. Jasadnya yang dianggap hidup itu pada hakikatnya mati dan dihidupkan oleh RUH AL-QUDSI ALLAH iaitu nyawanya.
 
Dirinya sebagai manusia merupakan alat atau sandaran Allah untuk menunjukkan  KeagunganNya, Kesempurnaan dan Kebesaran Allah. Sekiranya anda menganggap bahawa anda adalah penganut Ilmu Hakikat sewajarnyalah anda bertauhid pada peringkat Tauhid Khusus Al-Khusus ini.
 
Tauhid peringkat ini disebut juga sebagai TAUHID ZAT yang merangkumi Tauhid Sifat, Asma’ & Af’al. Imam Ghazali mengumpamakan Tauhid ini dengan RASA LEMAK SANTAN KELAPA iaitu ZAT dalam santan kelapa itu.